Pasti juling mata korang memerhatikan ketiga-tiga gambar di atas. Untuk pengetahuan pembaca sekalian hal ini dikenali sebagai ilusi optik atau dalam bahasa mat saleh disebut sebagai optical illusions. Pernah dengar tak? Pernah kot, rasa-rasa aku time form 4 n form 5 dulu cikgu penah aja. Kalau yang tak pernah dengar tu, mesti korang tgh memproses air liur basi atas meja, tak pon tgh jeling awek sekelas yg cun kat meja depan..
Jadi, persoalan yg aku nak kongsi adalah bagaimana benda ni boleh terjadi kepada kita? Adakah kita mahu menyalahkan gamba tersebut sebagai punca, ataupon bebola mata kita yang seakan akan tidak jujur kepada diri kita sendiri?
Jadi apa yg sebenarnya yg korang lihat diatas, dimana trdapat pergerakan di dalam gambar tersebut adalah ilusi semata-mata. Realitinya gamba itu tetap dan pegun, mcm tunggul kayu ataupon ketika korang menyanyikan lagu negaraku.
Mengikut kajian saintifik yang telah dikaji oleh saintis-saintis barat..mcm ayat dalam buku teks SPM pulak, hak2, jadi mengikut kajian ahli-ahli saintis, mereka dapat tahu yang mata dan otak kita ni kadang-kadang tak dapat bekerjasama antara satu sama lain, macam korang dengan girlfriend la, mana ada setiap masa nak happy je, kadang-kadang gaduh jugakkn.. sama lah jugak mcm mata dan otak, dalam setengah-setengah objek yg dicapture oleh mata, tidak semestinya tepat di tafsirkan oleh otak.

Salah satu fenomena yang lebih kurang sama berlaku adalah macam mabuk laut, mabuk laut ni terjadi bukan kerana mereka telah melantak arak sebelum menaiki feri atau bot, benda ni juga terjadi disebabkan penafsiran otak tidak sama seperti apa yang dilihat oleh mata. Sebagai contohnya, cuba lihat gamba di bawah..
Hek eleh kerusi je pon.. Didalam benak fikiran korang mesti ini perkara yang biase, kerusi ni pegun xde kaki dan x boleh bergerak..
Dan ketika korang naik feri,
Bagi orang yang tidak biasa menaiki feri, otak korang akan menafsir melalui pengalaman, yang mana kerusi itu adalah statik, mcm kerusi kat rumah ataupon kerusi kat sekolah, padahal kerusi itu sebenarnya bergerak mengikut alunan ombak. Oleh kerana percanggahan pendapat dan pertelingkahan antara mata dan otak ni lah yang membuatkan sesetengah orang mabuk laut.
Jadi bagaimanakah hendak mengelakkah perbalahan dan pergaduhan antara mata dan otak ini? Perlukah kita membawa mereka kepada pihak ketiga, ataupon perlu menerima sesi kaunseling? tidak perlu kerana korang hanya perlu membiasakan diri ke laut kerana dengan itu otak sudah mampu menafsir melalui pengalaman ape yg sedang dilihat itu adalah suatu kebiasaan.. Adiyos...